Saturday, April 3




Pernah tonton 1 litter of tears? Sedihkan. Saat Aya disahkan sakit. Apa soalannya pada sensei?
kenapa penyakit ini memilih saya???Kenapa saya yang terpilih. Saya paling tersentuh saat Aya (watak utama yang sakit) memberi ucapan pada hari terakhir meninggalkan sekolah, berpisah dengan kawan-kawan. Katanya

“ penyakit ini telah menyedarkan saya tentang banyak benda. Tentang nikamtnya kesihatan. Kita mampu melakukan apa sahaja yang diinginkan berlari-lari, bergelak ketawa senang hati bebas. Namun kini penyakit ini telah membatas kan saya. Lepas ini saya tak mampu lagi bergerak bebas, bakal menggunakan kerusi roda dan seterusnya bakal terlantar atas kati. Tak mapu untuk bercakap dan mangurus diri lagi. Namun disebalik segala ujian penyakit inisaya mula menyedari buat pertama kalinya dalam hidup ini, betapa pentingnya ibu ayah dan keluarga yang sentiasa disisi memberi sokongan. Pada hangatnya kemesraan kawan2 yang membantu.pada nimatnya kesihatan.Dan kini, dengan penyakit ini, saya ingin manerima diri ini seperti ini. Menjadi diri sendiri meneruskan sisa hidup ini seadanya”

Dan perlahan-lahan, keadaan kesihatannya makin teruk. Mula sukar untuk berjalan. Gagal mengawal pergerakkan badan sendiri. Sukar berkata-kata. Namun dengan keadaan begitu tetap dia berfikir untuk menyumbang sesuatu pada masyarakat. sentiasa berharap dapat melakukan sesuatu yang dapat dimanfaatkan dalam hidup walau dalam keadaan serba kekurangandan sangat sukar. tahu apa yang dilakukan??Ibunya menyedari kebolehannya menulis dengan kata-kata yang cukup mendalam dan memotivasikan orang-orang sekeliling. Aya mula menulis dalam kesukaran kerana yakin inilah sumbangan yang dia dapat berikan dalam keadaan yang sangat susah itu.. Namun dia puas kerana Berjaya memberi sesuatu memberi semangat pada ramai orang terutama yang senasib dengannya. Akhirnya aya meninggal setelah 10 tahun menderita penyakit tersebut.

Saya cukup suka cerita ini. Seems so perfect, but it is not impossible. Dan sifat ini sepatutnya ada pada setiap muslim. Sikap optimis dalam setiap ujian yang dihadapi. Lebih-lebih lagi pada kita yang sepatutnya sudah jelas matlamt hidup. Kenapa kita cukup lemah bila diuji??. Sebab kita gagal menghayati hikmah setiap ujian yang menimpa. Sebagaimana sahabat-sahabat nabi dulu. Mereka cukup risau bilamana dalam sehari mereka tidak di uji. Kerana apa? Ujian mendekatkan lagi mereka pada Tuhan. Ujian membuatkan mereka rasa betapa kerdilnnya mereka disisi Allah. Kerana mereka percaya ujian itu tanda Allah sedang member peerhatian pada kita.
Sepertimana ayat Allah
Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku] akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." (al-mu’minun:60) 
dan lagi,

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran (al-baqarah:186)

Ujian tanda kasih sayang Allah, teguran dari Allah agar manusia kembali padanya

Pernah seorang sahabat putus cinta. Katanya, 
“bile aku sedih macam ni, aku rajin solat aku rase lemah gila. Solat aku cukup pulak 5 waktu kadang-kadang solat sampai nangis-nagis lagi. Tak tahulah sah tak. Tapi betul aku rase nak dekat-dekat ngan Allah pula”

Pernah juga ternampak notis tersangkut di ampaian baju mahallah, “salam, kepada pencuri selendang aku, aku minta kau pulangkan balik selendang aku. Aku tahu kau curi. Kalau kau tak pulangkkan aku doakan kau akan gagal exam sepanjang hidup kau. Aku yakin doa aku makbul sebab aku orang teraniaya. Aku yakin Allah maha adil dan aku berada dipihak yang benar, baik kau pulangkan aku tarik balik doa aku”

Walau bagaimana keadaan manusia itu, saat dia diuji pasti dia akan yakin dan  kembali pada yang lebih berkuasa. Yang maha sempurna maha adil dan bijaksana.

Yup, mungkin mudah berkata tapi tak mudah nak lakukannya. Bila diuji ujian yang lebih berat pasti lebiih sukar.  Yup memang benar kerana syurga itu istimewa.

Maka mari kita berdoa agar Allah tidak menguji kita dengan ujian yang tak mampu kita tanggungi. Dan andai diuji mari memohon agar Allah member kita kekuatan hati untuk menghadapinya, moga-moga dengan ujian kita lebih dekat dengan Allah.
Firman Allah
Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya). (an-namlu:62)

Dan moga2 kita terlindung dar golongan yang sebagaimana

 Firman Allah
Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."(mu'minun:60)

Wallahu a’alam.
Mari menjadi tabah!  

7 comments:

Rue Anemone said...

"Our Lord! Punish us not if we forget or fall into error, our Lord! Lay not on us a burden like that which You did lay on those before us (Jews and Christians); our Lord! Put not on us a burden greater than we have strength to bear. Pardon us and grant us Forgiveness. Have mercy on us. You are our Maulâ (Patron, Supporter and Protector, etc.) and give us victory over the disbelieving people."[3:286]

~amatullah~ said...

48:4

=)

sofiyyah said...

jzkk asma'..peringatan yg sgt cantik dan menyentuh hati. rasa cam nk copy paste nk tampal kat umah,wat surat cinta utk etc..huu..copyright? hehe

:)

Anonymous said...

salam. haha amat. macam suda jodoh. nad pon baru je habis ulangkaji 1litre of tears. afte exam yang membunuh dan terbunuh.

allah. inilah namanya rahmat ujian :)

Anonymous said...

heh, prettyugly is nad ke? aigoo, tiada nama lain ke nad..

~amatullah~ said...

kak sopi>> nak copy sila2..
nad>> ulangkaji ye? kadang2 bile rs nak nagis amat bkk je citer ni..memang seliter cukup la air mate
k.mya>> sila beri cdngn nama kat nad

Anonymous said...

haha. sedap apa nama. cool kan? :p

haha. memang. die paling best lepas exam killer. memang lebih se-liter. harus ada satu tong air mineral 5liter kat tepi.

tapi u gave me a good insight of this story. jazakillahu khairan kathira :)