Saturday, April 3

berus gigi

Selamat pagi.
Boleh kami buat pemeriksaan gigi
Owh boleh.
Tiit.tiit
Owh. Lihat plak gigi.
Eh..tapi saya gosok gigi hari2.
Ya. Tapi gosok gigi sahaja tak memadai.
Gunakan listerin…
Hehe
Tersenyum.
Iklan.
ada orang gosok gigi hari2.
Tapi gigi lubang jugak
Ada orang pakai ubat gigi mahal2. Pakai berus canggih siap guna bateri
tapi gigi lubang2 karat2 jugak
Kenape?
Macam orang solat jugak
Hari2 solat. Cukup lima kali sehari. Cukup rakaat.
Tapi hari-hari pun buat dosa.
Dosa sama ulang2.
Serupa tak payah solat.
Betul ke?
Klu mcm tu serupa takyah gosok gigi langsung.
Haha salah2
Bila gosok gigi ada disiplin yang perlu dijaga. Cara-caranya. Silap gosok giigi boleh berdarah gusi. Perlu gosok kanan kiri atas bawah dalam luar. Teliti. Kalau gosok takat gigi depan je. Gigi lain boleh rosak.betul cara baru berkesan gosok gigi. Tambah listerin bagi semua kuman2 mati
Dan solat pun perlu ada disiplin ketat yang perlu dijaga. Bermula dari Whudu’, rukun2 solat dan adab2nya. baru solat tu berkesan. Paling penting niatnya perlu ikhlas. Bukan solat ala kadar. Asal buat. Maka solat tak berkesan. Gagal membersihkan karat hati. Gagal Cuci sisa2 mazmumah. Kuman2 jahiliyyah Tak member impak pada diri. Tambah lagi amal-amal sunat bagi betul2 cukup dan sempurna solat. Baru best!!

~ klu manusia dapat lihat hikmah dan pahala solat, pasti mereka akan hargai ibadah istimewa ini.
~ tak mudah nak khusyuk, sebab bukan senang-senang boleh masuk syurga.
~ sangat susah nak khusyuk bagi sesetengah orang, lagi2 yang kuat berangan. Tapi lagi banyak cabaran. Lagi besar mujahadah, lagi besar pahala. Yeay!
~ hayati setiap bacaan. Nikmati setiap pergerakkan. Rasakan kehebatan. Pasti ada umph~
Jom khusyuk solat! (^_________________^)v

2 comments:

Anonymous said...

yang penting kualiti, bukan kuantiti. tapi kuantiti wajib tu haruslah kot, nnt tak sampai breakeven point habislah.. tapi tanak breakeven je, harus ada profit!

~amatullah~ said...

economics profit ke accounting profit? MB>MV?

hehe apapun sempurnakan solat sehabis mampu