Tuesday, October 5

tentang masa

Kata orang masa ibarat emas
Harus kau atur kau susun kemas
Jangan malas-malas
Silap atur kau yang lemas
Hujung-hujung sem begini,
masa terhimpit menghimpit
seakan tidak mampu bernafas
Mana nak dikejar dateline
mana nak penuhi hak teman
mana nak siapkan kerja
mana nak jenguk keluarga
Fikirkan cita-cita
atau bangunkan agama
Hah..
kamu dah langsaikan semuanya?
Mana aula mana utama?
Jawapannya, susun masa.
Letak yang hak pada tempatnya.
Kagum pada teman-teman yang bijak menjaga masa. Kata seorang teman,
“saya takkan korbankan hak masa sahabat2 yang lain kerana nak penuhi kehendak diri sendiri. Saya akan tinggalkan segala tugas peribadi andai sudah berjanji. Biar lelah sendiri asalkan masa ditepati”
Alasan-alasan peribadi
Kita tolak tepi
selagi tak disah uzur syar’ie
Uzur syarie seorang daie
seorang murabbi
Boleh?
Masa kamu bukan hanya tuk diri sendiri
Tapi untuk Allah Rabbul Izzati
Ada hak yang perlu diberi
Namun jangan risau
Andai terkorban diri
Allah menjadi saksi
Tapi ingat! Jangan bunuh diri
Rehat tidur seolah mati
Main DOTA tengok movie
Drama korea jadi hobi
Apa nak jadi?
Masa yang diberi
haruslah dikawal teliti
Barulah hidup jadi hepi
Barulah senang dalam hati
Barulah hidup diberkati…



2 comments:

Anonymous said...

bammm!

tepat terkena dahi!

haha.

mesti saya salah 1 inspirasi kamu wat entri ni kan.kui3.

sy minta maaf mak.tq.

~amatullah~ said...

inspired by u n me. hehe
kita improve same-same ye mek.