


![]() |
damai |
Tabiat Islam memerlukan usaha manusia untuk berkembang. Bukan perkara tiba-tiba. Bukan sekadar menanti, tapi mencari. Bukan hanya menunggu hidayah tiba, tapi berhijrah mencari hidayah.
Menunggu satu penyeksaan, kan? So, jom kita cuba untuk berhijrah, lebih seronok, lebih mencabar. 5 tips yang boleh dicuba try test:
1. Muhasabah diri.
Setiap hari, cuba ingat balik apa yang kita buat dan tak buat dari pagi sampai sebelum tidur. Kalau kita buat perkara baik, berdoalah semoga amalan tu diterima Allah dan semoga kita istiqamah melakukannya. Kalau kita buat perkara tak baik, berdoa semoga Allah jauhkan kita dari ulang perkara yang sama dan berazam tak nak melakukannya.
“Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.”
(HR Bukhari & Muslim)
Kalau kita tak buat pulak perkara baik,apa nak buat? Baca tips kedua.
2. Buat azam, resolusi or objektif mingguan.
Tulis atas 1 kertas, & letak kat tempat yang mudah ditengok & dibaca. Contoh: tampal tepi katil, tulis dalam hp, etc. Tak perlu banyak, 1 azam untuk seminggu. Contoh: minggu ni saya nak baca al-mulk setiap kali sebelum tidur. 1 seminggu, sebulan jadi 4, setahun jadi 52 azam. Ok lah tu. list akan terus bertambah, dan jika kita istiqamah, itu buktinya kita insan yang sentiasa meningkatkan diri. Best best.
“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya
(dalam surat amalnya)”
(Surah al-Zalzalah, ayat 7)
3. Bergaul dengan orang-orang yang baik.
Cari sahabat yang boleh dijadikan teman suka dan duka. Yang bila senang, diraikan bersama. Bila susah, dikongsi bersama. Yang saling menyampaikan pesan, yang saling mengingatkan. Yang saling berkasih-kasihan, untuk dunia dan akhirat.
“Seseorang itu terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya.
Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat”
(HR al-Tirmizi & al-Hakim)
Dulu, tak pernah berangan yang satu hari saya akan mengajak orang kepada kebaikan macam sekarang. Tapi sahabat-sahabat saya semua buat, saya jealous, lalu saya pun buat benda yang sama. Walau tak sehebat mereka, tapi saya happy!
4. Menghadiri majlis ilmu.
Biasakan diri berada di majlis ilmu. Berada di majlis ilmu dengan niat di hati untuk merubah diri, Allah pasti akan menghidupkan hati kita. Hati kita perlukan makanan, dan zikrullah dan ilmu adalah makanannya. Hati yang hidup, akan lebih mudah terima perubahan ke arah yang baik, akan memudahkan hijrah kita. Ringan-ringankan kaki, hadirkan diri di taman syurga.
“Barangsiapa menempuh jalan bagi mencari ilmu pengetahuan,
maka Allah akan menempuhkan satu jalan baginya ke syurga”
(HR Imam Muslim)
5. Ingat mati.
Ingat niat asal kita berhijrah dulu, tujuannya untuk syurga. Dengan membayangkan kematian, dan membandingkan syurga dan neraka, kita takkan pernah nak kembali ke perangai kita yang dulu. Dengan izin Allah, kita akan kekal di jalan ini. Dan terus kekal menjadi sang muhajjir.
“Begitu sukar rupanya untuk merangkul iman dan islam pada sesetengah insan berbanding insan yang lain yang mendapatnya secara terpijak.
Ironinya, yang sukar itulah yang manis.”
–Ustaz Pahrol Mohd Joui-
Jom jom jom. Let us strive to be a better person! J
"Sampaikan dariku walau satu ayat" (HR Tirmidzi)
Satu ayat. Betul ke cukup? Macam tak percaya. Percayalah, satu ayat pun akan berjaya beri impak.
*********
Selesai tawaf wida’, saya duduk di satu kawasan teduh. Tunggu ahli keluarga yang lain. Memang sengaja kami berpisah. Supaya semua orang lebih menjiwai salam terakhir untuk Mekah. Supaya semua orang lebih khusyuk dalam doa, walau di siang hari.
Kaabah betul-betul di depan. Dari jauh nampak seorang perempuan arab bertongkat. Dia jalan perlahan. Bila sampai depan seseorang, dia berhenti dan cakap sesuatu. Kemudian sambung berjalan lagi. Fikir, dia mungkin bertanya arah jalan. Saya biar dan angkat tangan untuk mula berdoa. Fokus. Selesai aminnnn.. buka mata, nenek tadi ada betul-betul kat depan. Huu terkejut..
Dia kata “Qul huwa Allahu ahad!”
Masih dalam mood terkejut, lidah jadi kelu.
Dia ulang lagi, “Qul huwa Allahu ahad!”
Automatik lidah ikut menyebut, “Allahu ahad..”
Nenek tadi senyum, dan sambung berjalan. Perginya dia meninggalkan banyak makna. Walau dengan hanya satu ayat.
Kisah ni dah hampir setahun berlalu, tapi teringat balik bila dengar pesan Dr. Bilal Philips, 18 Feb @ UIA.
"Teach what you know, give what you have. If you are sincere about Islam, you will feel a burning sensation in your heart to share your religion.."
Nenek tu mungkin dah penat berjalan. Tapi dia sangat teruja nak sampaikan satu ayat. Terlalu bersemangat nak kongsi apa yang dia tahu. Semoga kita semua akan jadi seperti dia. Semangat yang ditanam dari sekarang, harap kekal hingga ke akhir hayat.
Pernah tak, kadang-kadang rasa semangat nak share something. Tapi tiba-tiba rasa rendah diri sebab tak cukup ilmu. Rasa takut kalau-kalau apa yang kita sampaikan tu, tak diamalkan dalam kehidupan seharian. Pernah? Saya pernah, selalu kot.. Nasib baik Imam Syafie ada berpesan
“Andaikan kekurangan diri dijadikan alasan bagi tidak berdakwah, nescaya tiadanya dakwah yang akan berjalan di muka bumi Allah ini.”
Okay, semangat balik. Save now. Publish post.