Tuesday, March 29

Nampak macam remeh, tapi..

Office dah sunyi. Tinggal 3-4 orang je. Jam pun dah pukul 630pm. Sengaja balik lambat sebab ade usrah pukul 8pm. Duduk kat meja, baca blog orang, reply email, etc. Tiba-tiba ada orang tegur, dia bukan muslim.


- hey you taknak balik ke? kalau ada kerja lagi sambung esok lah.

= eh takpe. I ada nak jumpa someone kat USJ nanti, nak dinner.

- ooo okay I balik dulu lah. by the way, u selalu ada date once a week. the someone special kerja mana?

*erkk*

= eh eh jangan salah faham tau. kawan I perempuan. we don't recognize dating in islam.

*pinjam dialog fahri ayat-ayat cinta*

- are you sure? I tengok banyak couple jalan-jalan, and the girls are wearing scarf too.

***********

Islam sangat indah, tapi Muslim dengan akhlak yang indah jarang-jarang ditemui. Bila orang islam berakhlak seperti bukan islam, mereka sendiri bertambah confuse. Macam dah takde beza antara mereka semua.


Bila jadi macamni, siapa yang tertarik dengan Islam? Takde.


Ingat balik cara islam mula-mula disebarkan. Rasulullah s.a.w
. tunjuk akhlak yang baik untuk pikat orang pada Islam. Sebab fitrah semua orang sukakan kebaikan, takde siapa yang tak suka.


Pernah 1 hari, nak pergi kerja traffic jam teruk sangat. Tiba-tiba ada 1 kereta potong dari kiri ikut laluan kecemasan, sangat tak adil. Dekat cermin kereta ada tampal sticker lebih kurang macamni



Huhu.. tengok cermin belakang, nampak ada perempuan bukan islam geleng-geleng kepala. Nampak macam perkara remeh, tapi.. besar akibatnya.


Cuba tengok gambar ni pulak. Orang jepun still beratur tersusun bersistem, tunggu giliran amek makanan, walau masa tsunami. Bagus sangat!



Kalau kat Malaysia rasanya macam mana?




Mula dari sekarang, kat mana-mana pun kita berada, cuba tunjuk contoh yang baik. Bila berjanji, tepati masa. Bila beratur, jangan potong barisan. Bila bekerja, jangan curi tulang. Banyak lagi contoh baik yang kita boleh tunjukkan. Besar amanah kita, jangan sampai kita jadi fitnah pada agama.


***********

Yes it is easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves


Bila Islam dipandang rendah / Islam dikata yang bukan-bukan / Muslim diberi gelaran yang pelbagai, kita akan marah. Geram sangat. Dan akan mula salahkan orang lain. Mula menuding satu jari pada orang barat yang bawa budaya jahiliyyah, sedangkan jari yang lain tertuju pada kita.


Tingkatkan diri. Perbaiki akhlak. Mulai saat ini, jadikan setiap apa yang kita lakukan, semua yang kita katakan, sebagai salah satu usaha memperindah islam.


Akhlak yang baik, dakwah lebih berkesan. Kata-kata dari hati, akan masuk terus ke dalam hati. InsyaAllah. Wallahua'lam..


** Cik Rumput Hijau tanya dah lama tak update blog sebab busy kah? Hurm mungkin... tapi:


There is no such thing as being too busy.
If you really want something, you will make time for it.

11 comments:

NaRd said...
This comment has been removed by the author.
NaRd said...

salam.

hai cik tasik biru...

ala, cerita tak habis. lepas orang tu cakap mcmtu, then ape reaction dija?

btw, setuju sangat dgn awak...

ada orang pakaian jaga, amalan jaga, hubungan dengan Allah dia jaga, tapi lupa suatu perkara lagi yg perlu kita jaga jugak. That is manners.

malu bila tengok, kat uia, orang jalan pakai songkok, tunduk je, tapi tiba2 buang sampah tengah2 jalan. haish.

rak kasut punya besar, tapi kasut2 main campak je, xletak betul2 atas rak...

sedih betul la...

cinta ilahi said...

salam jah..

sukung! haha.

muslim hnya skdr nama. x msuk ke ht. hslnya, belajar len buat len. tau len, buat len. mcm tu la.

kuffar skang keliru dgn Islam. sbb pe? ckp len, buat len. yg mana 1 btol?

insyaAllah. we do our best! bermula dr diri sndr. dakwah diri kt dlu sblom kt nak ubah 1 dunia. kalau x, umpama ketam ajar anak berjalan.

insyaAllah. doakan aku jd yg terbaik krn Allah. hanya redha Allah yang kt cri.

aku doa kt sme2 kuat! insyaAllah.

~amatullah~ said...

:)

never dissapointing :)

~khadijah~ said...

salam ira. perbualan sterusnya lbh kurang camni:

contoh mudah, dlm working environment, semua company ade provide manual book pasal rules & regulation. have to come 830am or earlier, cant do something against company's interest etc. tapi x semua staff ikut guidelines.

akhirnya dia paham, alhamdulillah. kesimpulan yg dia berjaya buat:

yang ikut rules ada kemungkinan jadi favourite staff, and will be rewarded dgn promotion or bonus etc. and same goes in religion ;)

zue, yup jom berusaha jadi muslimah pada nama dan jiwa ^__^

amat, :)

~amatullah~ said...

best!

tiba2 terfikir, sy belum berpeluang hidup mu'ayashah dengan pelabagai kaum dan bangsa mcm tu.

takat jumpa apek dan aci kat kedai je


i wish one day... :)

biiznillah

nice sharing!

ikan :) said...

huhu...takutnya klu diri kita menjadi fitnah pada agama.. T_T huhu...

~khadijah~ said...

amat, tulah.. xpernah terfikir ada peluang macamni. alhamdulillah. harap sentiasa ada peluang yg macamni lagi, untuk kamu juga :)

ikan :) jom berjaga-jaga ;D

hma said...

saya suka ini! :) terima kasih cik dijah. eh skg tak pakai tasik biru dah? :)

~amatullah~ said...

selamat datang ikan :)

husna, nama khadijah lebih bermakna. membawa semangat siti khadijah! :)

~khadijah~ said...

nama pena dah jadi nama betul. lebih bersemangat, tapi masih damai macam tasik biru. chewaaah~ :)