Wednesday, June 29

excited!!

kau tau tak. aku ade bende nak share ngan kau. 
terbaik punye
sedap giler!!
kau nak try tak.
nak tak. nak tak. nak taaaaak?
jom3
aku bawak kau

ni menu die yang paling aku suke
ce kau rase
sedap ann
ni pulak, yang paling mahal kat sini
pastu, ni die punye desert,
then, ni air kesukaan kawan mak aku
pastu die ade manu ni jugak
cepat lha.
makan cepat sikit
banyak lagi aku nak tunjuk kat kau


ape perasaan kalau kita menghadapi situasi macam ni?
stress kan. bende yang sepatutnya enjoyable turn out to be annoying.
makanan yang sedap jadi hilang nikmat. kan?

macam tu jugak dengan Islam. some people are too exited to tell others about islam. to change people to become a good muslim. tapi, at last mereka dilihat scary! extreme! 

dan orang yang diajak/diseru tu pulak akan melihat beratnya dan susahnya islam bila mana semua nak disumbat dipaksa buat dalam tempoh yang singkat.

ia tidak berkesan sebegitu. menyampaikan islam perlu ada seni dan hikmahnya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “ Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka masing-masing” (riwayat Muslim) 

“ Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”  (al-Nahl, ayat 125).

kenali audience anda dan serulah mereka pada kadarnya.

kita tak boleh expect orang yang baru masuk islam untuk terus pandai baca quran, untuk faham dan praktis islam perfectly sebagaimana seorang muslim yang dah lama masuk islam. even seorang muslim yang islam sejak lahir pun kadang-kadang lebih tak faham sebagaimana sepatutnya seorang muslim itu patut faham.

even saat islam diturunkan dulu, hukum-hakam itu diturunkan secara berperingkat. pengharaman arak juga berperingkat. bermula dengan menyatakan keburukan-keburukan arak. wa ismuhuma akbaru min nafihima. kemudiaan sampai satu tahap baru arak diharamkan sepenuhnya. time tu yang semua orang islam campak arak yang ditangan masing-masing. pecahkan dan buang tong-tong arak kat rumah. walaupun itulah minuman fevret mereka. sebab ape? 

sebab waktu tu, keimanan merek pada Allah dan rasulnya sangat benar dan mendalam. keyakinan dan kepercayaan yang sangat tinggi.suci dan murni.


a long journey starts with a single step

naik tangga pun kene naik satu-satu


begitu lah juga dalam pendidikan islam yang lainya. pendidikan hukum hakam. adab dan akhlak. ibadah dan sebagainya. 

orang yang tak pandai nak bangun subuh lagi tak boleh diexpect untuk terus bangun qiam tiap-tiap malam tanpa kefahaman yang jelas.

orang yang solat lima waktu pun masih terasa berat, kita tak expect mereka unutk bangun buat solat sunat setiap waktu solat.

orang yang baru nak faham tentang aurat tak boleh ditekan untuk terus berubah mengubah image. kan?

begitu  jugak dengan orang yang dulunya hidup bebas bersosial, kita tak boleh expect mereka menjadi orang sangat particular dan menjaga adab-adab muamalah secara tiba-tiba.

terus menghukum. "hish, tak qawie langsung!"

mana boleh!

tapi itu semua bukanlah mustahil. ia boleh dididik dan dibentuk. diberi kefahaman. diberi keterangan bimbingan dan tunjuk ajar. secara baik dan berperingkat. kan?

akhlak dan adab ini bukanlah sesuatu yang boleh di buat-buat. ia begerak dan terhasil dari yang didalam. 

baik yang didalam maka akan baiklah yang diluar.

ibnu atsir mengatakan bahawa akhlak ialah perbuatan yang lahir secara spontan dari hati. Akhlak melambangkan keperibadian seseorang. akhlak tidak boleh dilakukan secara berpura-pura. kalau ade pun yang try nak berpura-pura mesti penat then mudah terkantoi bile-bile. contoh mudah, terkantoi kat FB. kan?

perlahan-lahan tapi consistently kita buat pembaikan.

dan tak dinafikan, untuk mereka yang menyeru ini, kesabaran yang tinggi itu sangat perlu. 

maka bersabarlah selalu.

kita jadikan perkongsian iman dan islam ini sebagai satu perkongsian yang fun and enjoyable!

baru best!

kan?

p/s: tak salahkan kalau update blog selalu? kan? 
    : saje menggunkan bahasa rojak campor. sekali sekala ubah gaya bahasa penulisan. baru best! kan?




4 comments:

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* said...

salam.

hehe ok je.
point taken.
thanks!

cinta ilahi said...

btol tu.
setuju!

kt perlu meletakkan diri kt pada tmpt org lain. sbb kt pun bukan btol sgt. dlu pun byk dosa buat. nape ble time org lain nak berubah kt dia expect to be perfect. kdg2 ble ade ego tu yg jdkn kt bgga dgn perubahan diri.

padahal kt perlu ikhlas dan cri redha Allah.

thanks for the advice. well said!

~khadijah~ said...

besttt.. sikit2 lama jadi bukit. setapak pelan2 insyaAllah lama2 langkah makin panjang, laju bergaya..


xsalah lah update selalu. sila update selalu! btw, maaf lama x update :P

~amatullah~ said...

syaimaa': tq, manfaat bersama

zue: betul tu, but still, sampai satu tahap pabila proses pembaikan itu agak slow dan nampak dilengahkan, sedikit ketegasan diperlukan. mcm didikan yang rasulullah ajar, kalau dah umur 10 tahun tak solat lagi boleh pukul dah sikit. marah perlu juga. tapi pada tempatnya pada kadarnya :) .. kan?

dijah: bergaya eh? hehe insyaAllah. xpe je. yang penting tulis dr hati. moga connected ke hati2 yang membacanya. okeh? :)