Tuesday, May 29

Merancang

Rancang dengan apa yang ada di tangan
Bukan yang kita angan-angankan
Kita membina cita dan harapan
Bukan mimpi dan igauan

Perancangan perlu diperhati
Agar tertib rapi dan teliti
Matlamat dan caranya selari
Masa pun harus diambil kira

Puncak mana yang mahu didaki
Lurah mana yang mahu dituruni
Semuanya telah pun terbukti
Pasti rancangan akan berjaya

Tenaga dan kemampuan diperhitungkan
Berjuanglah dalam satu barisan
Umpama batu teratur menjulang ke awan
Itulah tunggak dalam merancang

Monday, May 28

:: bantuan segera ::

saya mahu membuat survey?
sesiapa yang terbaca..anda diwajibkan menjawabnya..
tidak kira apa cara sekalipun...
melalui comment..atau emailkan kepada saya....yang penting sertakan:
  • nama anda
  • umur
  1. adakah anda mempunyai kerjaya impian(cita2)?
  2. apakah cita2 anda?
  3. sejak bila anda meletakkan ia sebagai cita2 anda?
  4. mengapa anda memilih ia sebagai cita2 anda?
  5. apakah tindakan anda dalam mencapai cita2 tersebut..adakah hanya belajar dan merncang untuk menawarkan diri untuk bekerja dimana2 tempat yang menerima anda?
  6. pernahkah anda merancang untuk masa hadapan anda secara terperinci?
  7. pernahkah anda merasa cita2 anda terlalu tinggi hingga mustahil di capai?

cukup dulu soalannya setakat ini...saya akan bertanya lagi jika saya rasakan perlu...
tolong ya...kerjasama anda diperlukan...

Thursday, May 17

suuzzon burukkn keadaan

bismillah..
penulisan kali ini berdasarkan tajuk yang diberi oleh seoerang kawan...
saya berikan satu tajuk padanya untuk ditulis dalam blognya..
dan ini tajuk yang dia berikan pada saya..
moga penulisan ini memberi manfaat kepada semua..

kamu telah menyangka bahawa Rasulullah dan orang-orang yang beriman (yang pergi berperang akan binasa semuanya dan) tidak akan kembali lagi kepada anak isteri dan keluarga masing-masing selama-lamanya dan sangkaan yang demikian itu diperelokkan (oleh Syaitan) di dalam hati kamu (serta menerimanya) dan lagi kamu telah menyangka berbagai-bagai sangkaan yang buruk (terhadap agama Allah yang dibawa oleh RasulNya) dan (dengan itu) menjadilah kamu kaum yang rosak binasa.
[surah al-fath:12]


sememangnya hidup kita hari demi hari kita akan melihat veriasi situasi dalam senario masyarakat.. ada kalanya positif ada kalanya negatif..namun sering juga terjadi yang negetif dipandang menjadi positif sedangkan yang positif disalah ertikan menjadi sesuatu yang negatif..
betul atau tidak?

suatu hari anda berjalan di tepi pantai dan anda melihat ade sepasang remaja lelaki dan perempuan sedang berjalan di tepi pantai..apa yang anda fikirkan? pernahkah anda terfikir itu adalah pasangan suami isteri yang baru berkahwin? atau anda akan mengatakan
inilah remaja yang rosak..lalai dengan maksiat

atau

suatu hari anda membuka surat khabar hiburan kisah artis sensasi mengerjakan haji..
adakah anda akan mengatkan "Ala..artis ni pegi haji konon nnt balik buat maksiat gak".. tau anda berdoa moga Allah bukakan pintu hati mereka ditanah suci..

apa agaknya punca anda befikir sedemikian..atau adakah dengan budaya masyarakat dan realiti masyarakat sekarang mmg susah bagi kita untuk berbaik sangka..

suatu hari saya berjalan di stesen bas...tiba2 saya merasakan sepasang mata melihat ke arah saya..apabila saya menoleh seorang lelaki berambut panjang menutupi sebahagian muka memerhatikan saya..tiba2 dia bangun dan menghampiri saya..saya takut dan seolah2 nafas hampir berhenti ..tiba.. katanya " assalamualaikum..dik...beg adik terbuka..baik adik zip bahaya ni..."..apa anda fikir?

begitu juga halnya dengan penampilan masyarak kalau dulu org tua2 kate" rambut sama hitam hati lain2" sekarang rambut dah mcm2 kaler...bentuk pun beza2 apatah lagi hati manusia..
saya pernah baca dalam majalah blue yang deberikan seorang sahabat tentang pandangan seseorang terhadap permpuan bertudung..katanya perempuan bertudung tak boleh dipercayai...harapkan bertudung..baik mcm malaikat hakikatnya lebih teruk dari setan..lebih baik perempuan seksi tapi jujur pada diri...


hakikatnya pandangan dan sangkaan kita pada sesuatu biasanya berasaskan pada pengalaman yang pernah kita tempuhui.. namun sebenarnya kita harus memandang sesuatu pada realitinya bukan pada mimpi ngeri lalu atau kita akan makin memburukkan keadaan.. mungkin contoh yang diberikan tadi adalah contoh2 ekstreme..namun banyak hal2 kecil dalam kehidupan kita seringkali mengundang su'udzhan dalam pandangan kita....tak terkecuali terhadap sahabat,teman malah pada keluarga dan nauzubillah pada agama kita sendiri... jadi kita harus berhati-hati mungkin hanya kerana sangkaan perancangan besar tak menjadi... kasih yang utuh ranap tak bererti....lebih malang iman yang di bajai layu dan akhirnya mati... awas andai ini terjadi!!!

moga bermanfaat untuk semua!!!




Wednesday, May 16

dulu..kini...lepas ni???

bismillah...
masa telah tiba....
tulis dan tulis lagi..

lama saya pikir nak tulis pasal ni..
nak tahu? masa kecil dulu umi kata org panggil saya karipap sbb tngn saya gemuk2 dan kembang mcm karipap...dah besar sikit org dah tak panggil...sebenarnya kalau dalam family mase kecik2 dulu mmg semua ada gelaran tersendiri
yang sorang tu: dabdub
sorang lagi: pak mok
n mcm2 lagi.. bila dah besar dah tak panggillah...

mcm tu jugak kat sekolah..
mase kat sek ren budak laki :aulad, budak perempuan: banat
mase kat sek men pelajar lelaki: banin ,budak perempuan masih : banat
lepas sekolah lelaki: ikhwah ,permpuan: akhawat (baru dapat tukar gelaran haha)

dulu mase kat
tadika : anak2
sek rendah: murid2
sek men: pelajar
univ: siswa siswi

apa trade mark pada gelaran ini...
kalau dulu org panggil adik skrng dah jadi kak
kalau dulu org panggil kak skrng dah jadi mak cik
kalau dulu org panggil mak cik skrng dah jadi nek...
dan mungkin gelaran2 ini akan terus berubah mengikut perubahan masa dan umur

mungkin aja suatu masa nnt dapat gelaran lain .prof, dato' , dr..arwah....apa sahaja
tapi itu semu hanyalah nilaian dunia..
dan ramai yang teramat peka terhadap gelaran2 ini..
namun sedarkah kita
apakah gelaran kita di sisi Allah,
gelaran kita di sisi agama kita,
dari kecil hingga ke besar insyAllah kita adalah org muslim..
moga kita adalah mu'min
bila nak maju jadi muttaqin
atau lebih tinggi muksinin....
tak berubah kah gelaran ini mengikut edaran masa..atau umur kita yang dah meningkat lagi...
pejam celik saya dah berumur 17 tahun 10 bulan dan 5 hari....
dulu org panggil adik skrng dah jadi kak
dah adepon yang panggi mak cik..
tapi apa nilainya semua itu andai masih di takuk muslim...
ntah sudah menjadi mukmin atau belum....apatah lagi muttaqin mahupun muksinin..
oh diri.. apa nak jadi.

Monday, May 14


saje nak share lagu ni...mcm best
pesan untuk semua yang dah mulakan pejuangan menuntut ilmu
di mana2 shj
di medan mana pun jua...
banggalah menjadi pelajar muslim..u all r great!!
moga Allah bersama kalian..

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
[Al-Baqarah: 269]

Thursday, May 10

pengalaman naik kereeta

bismillah..
saya nak bercerita..
walaupun saya tahu saya tak pandai menaip cerita..
tapi ini kisah benar.. jadi terpulang la pada awak semua nak baca atau tidak
ini cerita tentang saya, pemandu kerata(kwn saya jugak), dan sebuah kereta (milik ayah kawan saya yang lain)

kisahnya begini..biasanya selepas spm.. mmg ramai yang akan mengambil ujian memandu..
termasuklah saya..(yea saya dah lulus!!).dipendekkan cerita smlm saya ke sekolah sekejap menyelesaikan beberapa urusan.. dan saya mmg sudah berjanji dengan kwan saya (A) untuk bersama ke taman U untuk mengedar risalah untuk menjayakan seminar kewangan anjuran R2J.jadi si A ni datanglah ke sekolah untuk menjemput saya.. saya bangga skali kerana rakan sebaya saya sudah bisa memandu ni kali ketiga saya merasa kawan saya sendiri yang memandu dan ketiga2nya org berbeza dan mempunya cara pemanduan berbeza..haha nak tergelak saya..

oleh kerana pagar belakang sek men tmpt saya belajar dulu dikunci untuk tujuan keselamatan.. kami terpaksa menggunakan jalan belakang untuk keluar dari sekolah walaupun saya tahu jalan itu agak membukit sebelum keluar ke jalan raya yang penuh denagn lori dan kenderaan yang berat dan besar..saya sudah agak gusar kerana kereta yang dipandu adalah kereta manual...ok tak pa saya yakinkan diri bahawa rakan saya mampu melakukannya..ya..A boleh..sebenarnya jarak dari pegar belaknag sek men tak jauh dari jalan yang bakal kami lalui tapi saya sempat menghabiskan sebiji berger yang kami beli di koperasi sek rendah..saya yang makan cepat atau kereta yang lambat bergerak.. tak kesah la yang penting bergerak..
ketika sampai ke tempat yang saya katakan agak berisiko itu tiba2 kereta terhenti di bukit curam tu.. tak bergerak ke depan atau ke belakang.. ok..saya dah risau..A cuba hidupkan enjin dan bergerak ke hadpan.. tapi gagal!!!! cuba lagi .... gagal..tak putus asa cuba lagi dan GAGAL...hah.. saya dah takut.ok tak pe saya minta A keluar dan cari bantuan untuk keluarkan kereta dari lorong berbukit.. tapi A tak mahu katanya malu.. saya kata lebih baik malu daripada benda tak baik berlaku.. A tetep mahu cuba..oh ok.. saya memberi arahan padanya ok... masuk gear satu angkat handbreak..lepaskan berak angkat sedikit clutch tekan minyak sedikit..dan lagi..ok....lepas hand break tekan minyak dan kawal clutch..ok kita bergerak ke hadapan...ooooopss GAGAL lagi..sudah la A...panggil je org.. dah undur kereta kita keluar panggil org..A akhirnya mengalah...dah turun hand break..tekan clutch dan lepaskan break kaki perlahan2..kereta pun berundur..perlahan Alhamdulillah...saya mula bersandar..lega ok betulkan sikit stereng betulkan tayar..ok...TIBA-TIBA kereta meluncur laju ke belakang saya panik dan menjerit..aaaaaaaaaaaaa. A turut menjerit...aaaaaa...dalam keadaan panik saya hanya menjerit..A pun sama..sedar tak sedar kereta kami sudah masuk ke dalam parit..saya terus buka pintu tetapi berat kerana kereta jatuh di sebelah tempat driver..saya terus menolak pintu sekuat tenaga dan terus terlupa pemandu di tempat driver...say apusing melihat kereta..ops..lupa...saya lihat muka A pucat..cuak amat..haah.. ntah kenapa saya hanya ketawa melihat kereta itu dan pemandunya di luar kereta....saya benar2 panik..saya tak takut saya cuma risau kalau keadaaan ini menjadi makin rumit dan menggemparkan sekolah dan penduduk sekitar..bila memikirkan itu say aketawa tak berhenti sedangkan kawan saya dalanm ketakutan..tak patut betul saya ni..oleh kerana saya panik saya tak tahu kenapa saya ambil hp saya yang tekberbetri dan tak berkredit saya letakkan ppada telinga...saya berjalan kearah sekolah untuk meminta bantuan..tiba2 si A menjerit dan meminta jgn beritahu sesiapa..katanya malu dan ketakutan..saya kata mana boleh abistu nak biar kereta ni mcm nie..A tetap degil...aaaah saya tetap pergi..belum sempat saya sampai ke depan sekolah saya lihat kereta ust shah membelok ke tempat kerete kemi tersadai...membawa dua adikya (mungkin) saya berkejar ke tempat kawan saya..ust shah dah pun berhenti di situ da berkata sesuatu kpd kawan saya....katanya ni perlukan ramai org.ust kata tak pe lah ust park kereta dulu di sek men. dan ust akan cuba dapatkan bantuan...bantuan?? mesti ramai nnt..haha saya tergelak lagi....A makin panik n mcm nak nangis...haha.. setelah ust berlalu saya toleh ke arah sekolah..
peljar2 srih dah ramai bertenggek di kaki lima bangunan 4 tingkat..huhu ramai nya..tak kurang lagi guru2 perempuan di blik guru tingkat dua turut keluar beramai2..guru perempuan sahaja???? mana guru lelaki???? tiba2 terdengar suara kecoh dari arah tepi..saya dapat semua guru lelaki srih yang ntah berapa ramai sedang mara kearah kami dan beberapa org pakcik yang berabadan sasa dan saya tak kenali datang...alamak saya dah tak tergelak lagi....saya merasakan darah panas memenuhi muka saya...perut saya bagai terikat...saya juga dah makin panik..alamak...tapi jauh di sudut hati saya tetap mengucapkan Alhamdulillah.ada org membantu.. A terdiam apabila melihat kadatnagan saya..dia terus memgang baju saya dan cuba memerahnya seolah2 baju saya basah..hei..baju saya..mata A mula berair...terharu agaknya melihat ramai yang sudi membantu...:p
apa lagi org2 yang bertubuh sasa dan guru itu menolak kereta dari dalam parit itu..seorang dari dalam kereta dan entak berapa puluh yang lain menolak kereta keluar...huuuuh..berapi tayar..kereta akhirnya berjaya di keluarkan.. Alhamdulillah...lalu kedengaran suara ust Z...ni lesen terbang nih... kemudian ust. U kata kamu sppttnya nak kene imbangkan clutch ngan minyak..tmpt ni mmg susah sket.. ust e bersuara agak memahami...tak biasa panik la tu....setelah mengucap kan terima kasih kepada beberapa org yang yang kami mampu ucapakan terima kasih mrk mula beredar...kereta sudah pun di parkir di tepi jalan besar..
saya benar2 lega..Alhamdulillah...syukur 3x... selamat saya dah habiskan berger saya kalau tak boleh tercekik di buatnya....kami terus melanjutkan perjalanan...sempat kami menoleh ke sekolah dan kami terus tertawa malu...kenapa?? biarlah rahsia...
dalam perjalanan saya tanya pada A, awak terlepas break ke tadi..katanya ntah...agaknya awak tertekan minyak terlepas break ot..cuba menduga akhirnya dia mengaku bhw dia panik kerana kereta beundur dan mengakui akibat panik dia terlupa mana break, mana minyak dan mana clutch..
haha..kesimpulannya jgn panik ketika memandu.....tenang aja...
apa pun...
ALHAMDULILLAH...kami bersyukur...
dear Brother/Sister

Assalamu'alaikum Wrt. Wbt.

OFFER FOR ADMISSION TO FOUNDATION PROGRAMME, ACADEMIC SESSION 2007/2008*

Congratulations!

I am pleased to inform that you have been offered to join the Foundation Programme

of the International Islamic University Malaysia.

The details of the offer are as follows:

a) Programme: ASASI EKONOMI DAN SAINS PENGURUSAN
b) Programme Code: ECONS
c) Matric No.: 070477
d) Date of Registration: 24 JUNE 2007
f) Time: 8:30 a.m - 12.45 p.m
e) Place of Registration: CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES, IIUM PETALING JAYA,SELANGOR

However, from this Economics and Management Sciences Programme, you may be channelled to either

Economics and Management Sciences Programme (Economics, Business Administration or Accountancy) or

Information & Communications Technology Programme.

Admission into the Kulliyyah of Economics and Management Sciences or

Kulliyyah of Information & Communications Technology

is subjected to fulfilling the CGPA requirement determined by the University Authority.

Attached herewith are the documents which should be submitted to the University Authorities on the registration day.

Please read the instruction carefully before completing them.

You are required to return the Reply Card within seven (7) days from the date of this offer letter.

If we do not receive your reply within the stipulated period, the offer is considered null and void.

WELCOME TO THE CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES,
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA.

GATEWAY TO THE GARDEN OF KNOWLEDGE AND VIRTUE

Thank you.



ini surat tawaran untuk saya menjadi salah seorang penuntut
Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa..
mcm2 reaksi saya peroleh..
  • haa...dah agak dah
  • haa'ah bertambahlah budak SMIH kat UIA
  • tek berkembang pelajar SMIH ni
  • kembali ke kepompong..
  • baguslah...
  • alhamdulillah
  • tahniah
kenapa yang positiv kat bawah ....
erm sbb yang kat bawah tu la yang paling sdikit dan jarang didengari..
anda pula bagaimana??
me.. i'm happy...alhamdulillah..syukru lillah

Tuesday, May 8

:: lama bercuti ::

bismillah
lama saya tak menulis di sini
dan kini saya lebih tenang... lebih relax...lebih bahagia
syukur alhamdulillah..
saya dah berfikir..
saya dah buat keputusan..
saya tak nak privetkan blog ni lagi...
saya sudah menyedari..
jauh perjalanan.. luas permandangan..
bile kita melangkah keluar dari rumah dan berjalan di atas bumi Allah yang luas ini
mcm2 yang boleh kita temui..
mcm2 pengalaman yang boleh kita rasai..
mcm2 pengajaran yang boleh kita tempuhi..
insyaallah.. selagi mana kita berjalan sambil hati mengingati Allah..
di mana kita berada....
(281) Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
(surah ar-rum : 9)

kalau asyik duk terperuk kat rumah..
makan dan tidur..
otak kita akan mengecut..
ilmu tak berkembang...
pemikiran tak terancang...
jadi berjalan lah kamu diatas muka bumi Allah ni..
berjalan... melihat..dan tafsirlah..
insyallah kau kan temui hikmah-Nya

Friday, May 4

:: keliru ::

bismillah..
ntah kenape saya jadi keliru..
saya mahu ber'blog'.. tapi ntah kenapa saya rasa sebersalah.. sbb tu saya privatekan blog saya.. bile dah ada 2 blog.. saya rase sia-sia.. rumit tak pemikiran saya.. saya pun tak tahu kenapa.. saya terfikirkan konsep yang saya bawa dalam berblog... kadang2 mcm2 saya terfikir... setiap apa yang tertulis di sini menggambarkan diri dan peribadi saya...biarlah blog ini tak terupdate sampai pada suatu ketika saya merasakn ianya perlu..pada waktu saya benar2 bersedia... doakan yang terbaik untuk saya.
wassalam