Saturday, December 14

FB Repost : Bismillah

Pagi ini hantar kanak-kanak ke sekolah kemudian ke stesen minyak berhampiran untuk mengisi minyak

Kad kredit dimasukkan

Reject

Sekali lagi

Reject

Sekali lagi

Tak boleh juga

Nampak bro bangladesh sapu sampah pakai uniform

"Ini stesen tak terima kad ka?"

"Boleh la.. tadi ada orang pakai ok ja"

"Saya try tak boleh pun"

"Mari saya cuba.. bismillahiraahmaanirrahim"

....boleeehh..

Mulakan hari dengan bismillah dan teruskan dengan senyuman.

Terima kasih Allah atas ingatan demi ingatan

FB Repost : Tiny

Nilai manusia bukan pada jasadnya

Mulia kerana iman
Mulia kerana hidup bertuhan
Mulia kerana hidup berpandu syariat Islam

#broga

FB Repost: Smart TAG

Dengan smartTAG yang ada sepatutnya dengan mudah boleh meluncur laju melepasi tol.

Mata telah terfokus kearah lane yang sepatutnya, tapi kerana kesilapan kecil, tersekat dari laluan yang sepatutnya oleh 2 barisan kereta yang perlu masuk ke lane touchNGo

Sia-sia pas touchNgo yang ada

What if I already have the fast track pas to jannah, tapi kerana silap kita pada sesama manusia menjadi penghalang kita dari meluncur laju ke jannah.

Hak2 yang tak tertunai, hutang-hutang tak terlangsai

Allah.

FB Repost: Telekung oh Telekung

Aku harap suatu masa nanti, tiada lg wanita bertelekung d masjid2 dan surau2

kerana aku harap kita smua akan mampu memakai pakaian yg menutup aurat sempurna, untk dibawa solat di masjid surau hatta kemana sahaja.

FB Repost: Mesir. Teksi Driver

berbual dengan seorang bro pemandu teksi, tentang isu mesir sekarang.

panjang lebar dia huraikan kenapa dia tak sokong Morsi

1. dia penipu. cakap lain buat lain (minta contoh, tak ada)
2. dia tak pandai memimpin, semua nak rujuk kat Ikhwan. serba serbi rujuk kat ikhwan. kita nak pemimpin yang boleh memerintah, strong personality bla bla (padahal, dalam buat dustur Morsi rujuk banyak pihak, hampir semua front masyarakat dipanggil untuk duduk bincang dustur tu, tak setuju pinda bincang semula)

3. dia buat banyak masaalah minyak etc (padahal minyak di sabotage)

"ok, kalau kau tak nak Morsi kau nak siapa?"

"belum ada calon, bagi dulu pada tentera nanti kita pilih yang baru, tengok la mcm mana"

"ha kalau macam tu kau je lah jadi PM"

sambil tersengih2 "boleh, aku kalau boleh nak jadi PM tapi aku sibuk drive teksi ni.."

mereka ni baru nak mengenal demokrasi, ada kekurangan sikit mudah-mudah nak gulingkan. mungkin kerana mereka berjaya menjatuhkan Mubarak dulu, mereka ingat mudah-mudah untuk menukar pimpinan negara? pak cik dalam tramco pun cakap,

"kita tukar kepimpinan, kalau tak ok kita tukar lagi. rakyat berkuasa.."

betapa untuk perubahan yang besar, ia menuntut kepada kefaham yang jelas, pendidikan yang baik dari setiap lapisan masyarakat. bermula dari akar umbi.

so Malaysia, macam mana?

FB Repost : Price Tag

rasa terganggu betul dengan isu kahwin dengan gadis2 Syria ni. lagi terganggu membaca respon masyarakat yang menjengkelkan. hanya melihat nilai mereka kerana paras rupa.

kalau betul rasa 40USD itu small matter, meh bagi derma 40USD seorang untuk bantu mereka di Syria financially.

pening fikir isu ni, saya ambil masa teman housemate membeli barang

dalam perjalanan, terlihat seorang lelaki muda berpakaian compang camping, sangat2 kotor, dan berpenyakit. tak tahu sakit apa tapi tapak kakinya tidak normal dan luka penuh lalat. selama ini nampak je orang susah tapi kali ini rasa lain sangat terutama melihat respon masyarakat yang memandangnya kotor.

ada yang menutup hidung, membuat pandangan jijik, malah ketika dia cuba mendapatkan tempat berteduh ketika cuaca mencucuk terik, ada yang menghalaunya supaya pergi jauh.

oh man, he is just another human being, like you.

kalaulah pada jasad manusia ini diletakkan price tag, dan dinilai harga kita pada kesabaran kita saat berhadapan dengan musibah, pada akhlak ketika ketika berhadapan dengan mereka yang susah, pada dosa pahala dan keimanan kita pasti manusia akan bertindak dengan lebih berhikmah

price tag ini tidak wujud pada zahirnya. tapi benar-benar wujud dalam jiwa, hati keimanan kita. Allah sedang menilai kita. and the price will be revealed soon.

FB repost : Sinai!



menapak mendaki bukit tursina atau nama lainnya jabal musa. subahanallah!

dipuncaknya ada musollah kecil juga sebuah gereja kecil.

keajaiban ciptaan Allah SWT

kalau mendaki di malaysia, tiba ke puncak nampak permandangan cukup hijau. warna warni bumi katulistiwa.

di sini, dihamparkan gunung batu dan gurun.. dihiasi salji di puncaknya!

solat subuh dan memerhati sunrise.

di gereja kecil, sekumpulan warga Prancis xsilap, meratap2 menangis sambil mengungkapkan bait2 bible mungkin..

Alhamdulillah.. atas nikmat Iman dan Islam

surah Al-Hajj: 46

"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada."

Thursday, November 14

Ada apa dengan Muharram

ADA APA DENGAN MUHARRAM?


Bulan Muharram menjadi titik tanda permulaan bagi kalendar Islam.
Ia dimulakan pada zaman Sayyidina Umar Al-Khattab RA. Mereka yang merasakan perlu untuk meletakkan tanda awal tarikh Islam ini akhirnya telah memilih bulan Muharram kerana di dalamnya terdapat peristiwa yang signifikan bagi ummat Islam iaitu hijrah.

Hakikatnya peristiwa hijrah Rasulullah SAW tidaklah berlaku pada bulan Muharram sebaliknya pada bulan Rabiul Awwal tetapi pada bulan Muharramlah azzam untuk berhijrah telah dipasak. Kemudian bermula hijrah para sahabat sedikit demi sedikit dan akhirnya Allah menurunkan perintah hijrah khusus untuk Rasulullah SAW dengan ditemani sahabat setia baginda, Abu Bakar As-Siddiq RA.

Peristiwa hijrah mengajar kita banyak perkara, keazaman, keberanian, pengorbanan dan kecekalan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik untuk kehidupan dunia dan akhirat. Meninggalkan tanah air yang dicintai untuk menyelamatkan Iman. Betapa mereka menghargai nikmat iman yang mereka kecapi sehingga sanggup berkorban untuk memastikan manis nikmatnya iman ini sentiasa mereka rasai.

Kita bagaimana? Sudahkha kita merasai manisnya iman ini? Adakah kita sedar bahawa bergelar seorang Muslim itu sebenarnya satu nikmat besar yang tidak semua orang perolehi. Ramai yang mempunyai catatan Islam pada kad pengenalannya tetapi tidak ramai yang merasai manisnya bergelar Muslim. Carilah dan kejarlah manisnya hidup bergelar Muslim!



Hadirnya Muharram saban tahun, seharusnya menjadi titik tolak untuk kita kembali merenung apa yang telah kita lakukan dalam tempoh usia kita setahun yang lalu. Adakah dipenuhi dengan kebaikan ataukah dosa dan maksiat yang telah kita kumpul.

Kalau langsir rumah kita ganti saban tahun menjelang Eidul Fitri, rumah kita, kita ubah suai malah kita sendiri berpakaian baru, marilah jadikan awal tahun muharram ini bersempena dengan hijrah yang para sahabat lakukan, kita hijrahkan diri kita, perbaharui diri kita dengan membuat perubahan demi perubahan dalam diri kita.

Kita pilih untuk gaya hidup yang lebih sihat, untuk fizikal yang lebih kuat. Kita pilih untuk menjadi pekerja yang lebih ihsan dalam kerjayanya untuk rezeki yang lebih berkat. Kita pilih untuk tambah ilmu meningkat amal sebagai jaminan untuk hari akhirat.

Hakikatnya, Islam menganjurkan untuk sentiasa menjadi lebih baik. Dalam satu hadis mafhumnya, seorang Muslim tidak akan terjerumus ke lubang yang sama dua kali. Satu kesalahan tidak akan diulang lagi setelah disadari kesilapan itu. Hari ini lebih baik dari semalam dan akan terus lebih baik di hari-hari mendatang.
Selamat menjadi yang terbaik!

Wednesday, October 30

1303 so difficut, isn't it?

siapa rasa hari-hari yang dia lalui dalam hidup ini sangat mudah.

kalau ya, mari kongsikan tips.

aku rasa, keadaan adalah sukar, lagi-lagi bila hidup dalam keadaan senang. dilimpahi keselesaan dan masa lapang yang panjang. dimasa sendirian saat jauh dari perhatian.

tapi pagi ini tadabbur satu ayat, eh.. 2 ayat sebenarnya. sangat rasa disayangi. bukan tak tahu. tapi manusia mmg mudah lupda dan leka. seriously.

"Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan."
[8:24]

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.
[8:29 ]

perasan tak...solusinya apa?

mendekatlah pada Allah.

saat rasa malas nak solat.. lawan lah 
saat rasa leceh nak puasa.. lawan lah
saat rasa berat nak baca Al-Quran.. lawan lah
saat rasa nak marah.. lawan lah
saat rasa nak buat benda tak best.. lawan lah

dan bila kita boleh melawan sedikit rasa-rasa ini, Allah akan bukakan jalan yang lebih mudah selepas itu. rasa tenang itu akan hadir. kan Allah dah janji. selangkah kita mujahadah mendekatinya, beribu langkah Allah akan kejar mendekat kepada kita. 

Allah akan jaga kita. datangkan nikmat dan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. Dia akan berikan kita 'furqan'. kemampuan dalam membuat keputusan dan memilih antara kejahatan dan kebaikan.

kata kuncinya.

dekatlah pada Allah, nescaya hidup akan lebih indah

hiduplah dengan rasa berTuhan. 

Thursday, October 10

1302 ntah apa2

Baru 2 hari berazam untuk deactivate fb

Hari ni mahu selesaikan kerja and suddenly realize
all the info ada dalam inbox fb

Hais. Serius nak istiqamah mcm ni???

But I love the 2 days without fb

For the next 2 days, activate fb. Can i maintain the deciplin
that I have experienced for the last 2 days.
May Allah help and ease my mujahadah. InsyaAllahh

Wednesday, October 9

1301 tutup fb

Yup.
FB deactivated
I think. I was tooo much.
FB addiction.

Sehingga aku kenal potensi diri
Jelas sebab aku berFB
Aku akan kembali.

Hehe. Blog juga yang damai.

Thursday, February 21

heart beat

ambil stetoskop housemate

cuba dengar degupan jantung

tutup mata

"dan juga pada diri mu sendiri. apakah tidak kamu perhatikan?"
[az-zaariyat: 21]

ia berdegup

dan terus berdegup dalam jasad ini

entah untuk kali ke berapa

selama hampir 24 tahun 

tanpa henti

ia terus taat kepada Allah 

dan ia akan terus taat kepada Allah

hingga sampai masanya

akan terus tetap taat pada Allah


Monday, February 11

[tBOQ] Muqaddimah

Al-Quran is an everlasting miracle 
mukjizat besar lagi agung tak terkata
yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad SAW 
yang masih kita dapat tatap dan genggam
malah mengumpul jutaan manfaat darinya. 
Allah memberi jaminan bahawa Dia sendiri akan memeliharanya. 
Selamanya. 
Sampai akhir zaman.

mungkin sebab itu juga, jasad orang yang al-hafiz tak reput ditelan bumi

kerana dalam dadanya tersimpan kitab suci

terpelihara.

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
[Al-Hijr:9]





didalamnya
ada cerita tentang masa lalu
cerita tentang masa depan
dan cerita tentang saat ini
bagaimana harus kita bertindak

tahukah kita, ayat tentang hukum hakam 
hanya merangkumi sebahagian kecil dari Al-Quran

yang paling banyak 
kisah-kisah teladan dan pengajaran

kisah nabi yusuf khas dalam surah yusuf dan beberapa surah lain juga
kisah bani israil dalam surah baqarah dan lain-lain
kisah nabi musa dalam surah Al-Qasas, Al-Kahfi dan beberapa surah lain
kisah tentang peristiwa hadithul ifk
kisah abdullah ibnu ummi maktum
kisah setelah perang tabuk..

dan kisah-kisah ini semuanya menariiiik!

malah ada banyak buku yang best yang mengupas tentang kisah-kisah dalam Al-Quran
antaranya hasil tulisan Abdul Karim Zaidan. best wooo!

dalam Al-Quran juga 
mengandungi syariat dan hukum hakam di dalamnya 
disusun cantik untuk kita laksanakan

dalam surah Al-Rahman ayat 1 hingga 4
cube perhatikan

(الرَّحْمَنُ (1) عَلَّمَ الْقُرْآنَ (2) خَلَقَ الْإِنْسَانَ (3) عَلَّمَهُ الْبَيَانَ(4

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. 

 Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. 
 Dia lah yang telah menciptakan manusia.
 Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

cuba kita perhatikan susunan ayat
dengan limpah kasih sayang Allah SWT
Dia ajarkan Al-Quran
sebagai bukti kasih sayang rahmatnya untuk kita
di mentionkan tentang rahmat Allah itu dalam penciptaan Al-Quran itu sendiri
before disebutkan tentang rahmat Allah dalam penciptaan kita, manusia ini.
kemudian dengan adanya Al-Quran, adanya manusia, lahirlah manusia yang mampu 
berbicara dengan ilmu dan beramal dan menyebarkannya.

isn't it soooo beutifull?


nampak tak hikmahnya di sini? 


AllahuAkbar!


_______________________________________

saya sangat merasakan Al-Quran itu sangat indah dan berseni
bermula dari seni ilmu membacanya
melagukannya
hinggalah kepada ilmu dalam memahami bahasanya, hikmahnya, sainsnya

semua ini mukjizat

ia bukan sahaja mengandungi jawapan kepada persoalan hidup manusia.

tentang hala tuju hidup manusia
tentang pengakhiran hidup kita
and all the fundamental question of our life

surah ibrahim ayat 1


الر كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَى صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ (1)  

surah al-maidah 15 dan 16

 يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ كَثِيرًا مِمَّا كُنْتُمْ تُخْفُونَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ قَدْ جَاءَكُمْ مِنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُبِينٌ(15)

 يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ (16)


ia lebih dari itu
ia mampu menyentuh  hati-hati kita dan menyucikannya
walaupun
kita mungkin tak faham pun ayat-ayat ini

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.

(yunus:57)

ianya mukjizat!

____________________________________________

sangat teringin
menjadi seperti nouman ali khan.
dapat menerangkan Al-Quran dengan bahasa yang cantik dan mudah


this is my start 
may Allah bless and guide me and you..

may all of you, who read this, may gain benefit.

Allah, Bless Us All...


Friday, February 8

6

kalau Allah kata die sayang

tak de sape dapat halang

the ultimate love
____________________

dapat msg dalam inbox

dari sorang mak cik

tanye kabar

tanye bahasa arab dah mantap belum

aku jumpa mak cik ni 

3 kali je

in between grad dan fly

tapi rasa rapat mendalam

dan bile mak cik  tnye kabar

itu sungguh menyentuh perasaan 

mak cik ingat saye!!

aku jawab la

boleh la cakap arab

tapi belum mencapai KPI yang aku harap

mak cik kata..

''sbb tu kene usaha lagi sungguh-sungguh. kalau rasa tak menyempat jugak tak ape je kalau ambil sikit masa tidur tu"

mule2 aku rasa

aish.. mak cik ni tahu2 je

tapi aku realize

mak cik tak tahu pun

tapi Allah nak tegur aku

melalui wasilah makcik ni

eish.. sayang betul Allah kat aku

terima kasih Allah kerana kenalkan aku dengan mak cik

terima kasih Allah kerana gerakkan hati mak cik nak tnye kabar aku di FB tu

terima kasih Allah sebab gerakkan hati mak cik untuk nasihat aku. just right at the time.

time aku rase sesak nak menyusun priority dan aulawiyat

terima kasih Allah sebab sayaaaaang sngt kat aku.

__________________________________

dah tahu Allah sayang.. 

maka?

................ T_T

5

lalu depan kedai

pheiiiw....

kotak terbang atas kepala

sesedap rasa mencampak sampah

jenguk dalam kedai

pakcik pakai kopiah jambang tebal
_____________________________

gadis ayu

tunggu bas

makan 'chipsy'

habis ngap

campak plastik tapi kaki

aku tenung sampah tu

guna kaki die tolak sampah masuk bawah kereta

mungkin die nak kata

"chinggg..dah hilang. tak nampak kan? tak nampak"

*sambil buat muka comel*

_______________________________

kanak-kanak

minum air coca cola dalam tremco

habis minum

jenguk kepala keluar tingkap

1..2..3

lepas tin kosong ke tengah jalan

seronok die tengok tin  tu bergolek2

_______________________________

suasana Malaysia lebih baik barangkali

at least masyarakat agak segan 

nak buang sampah merata terang-terangan

di sekolah-sekolah malaysia. 

selalu ada  kempen

"sampah sifar"

tak pasti sangat kalau sekolah lain.. tapi..

sekolah tempat aku membesar dulu ada

macam-macam teknik dan tektik

cikgu-cikgu ni buat

untuk didik budaya jaga kebersihan

sampai satu tahap, diharamkan tong sampah dalam kelas 

confuse jugak dulu

kenapa tak boleh ada tong sampah dalam kelas

dalam seluruh sekolah

ada beberapa check-point khas untuk buang sampah 

itu sahaja

kata ustaz ustazah

supaya kamu ada rasa tanggungjawab dengan sampah yang kamu hasilkan

bila buat sampah

jadi leceh memikir nak buang kat mana

kalau dulu ada tong sampah dalam kelas

semua tak peduli

buat2 sampah campak ke belakang

sampai belonggok

dah tak ada tempat dalam kelas ni, semua fikir 2 atau 3 kali 

untuk jalan ke tempat tong sampah besar yang agak jauh

last-last malas nak buat sampah

ada juga yang bawa plastik kecil sendiri

tamat kelas, jalan ke check-point besar

buang sampah kat situ

minima je sampah di hasilkan

brilliant betul cikgu-cikgu kami
__________________________________

alhamdulillah

jazakumullahu khairan kathira guru

merealisasikan kempen

an-nazzofatu minal iman

kebersihan itu sebahagian dari iman

sampai sekarang teringat

didikan kalian pada kami

moga akan turut bermakna untuk generasi akan datang

nampak simple je

kempen sampah sifar

tapi impak besar

___________________________________

kene buat kat mesir ni satu...

Wednesday, February 6

4

joker

seronok gurau-gurau

ceria

gembira

tapi, 

kadang-kadang

seronok nak mengusik

terusik hal-hal sensitif

parah nak tarik balik


nabi   ajar

cakap sikit

tapi bermakna 

"killa wa dalla"

lagi pun.

diam lebih baik dari banyak kata

walaupun nak berukhuwah, tetap harus berpada-pada

banyak cakap banyak silap

banyak silap banyak dosa

banyak  dosa masuk neraka

i observe

ada manusia

kata-katanya sedikit 

tapi powerfull

mereka manusia istimewa

aku cemburu
______________________________________


satu hari,

selesai mukhayyam

kami pulang dan memulakan sesi kelas

ustaz minta pada salah seorang classmate

untuk ceritakan satu ibrah dan pengajaran 

dari program yang kami hadiri

lama juga masa yang si ukhti ambil untuk memberi ibrah

aku jadi pelik. banyak je kot.

ukhuwah

amal jamaie

tiba-tiba dia kata.

ustaz, saya rangkulkan apa yang saya dapat, dalam mafhum ayat yang saya kan bacakan selepas ini.

semua senyap.

dibacanya ayat 111 dari surah at-taubah

والإنجيل والقرآن ومن أوفى بعهده من الله فاستبشروا ببيعكم الذي بايعتم به وذلك هو الفوز العظيم

deep

sangat mendalam

dan ustaz hanya melafazkan

subahanallah!

dan aku tahu, ukhti ini sangat terjaga amalnya

dan banyak lagi contoh-contoh lain

yang aku perhatikan pada orang yang menjaga hubungannya dengan tuhan

sebenar-benar penjagaan

bicaranya sedikit tapi

pergh.. mendalam

aku kagum

kesan ketajaman hati yang bersih 

kesan akal yang suci

moga Allah memelihara kamu ukhti

dan aku tahu

mungkin ini juga yang dimaksudkan

dalam kata-kata

''awas kamu dengan ketajaman firasat orang beriman"

aku?

iman?



3

every single second

we are thinking

whether its is about the past. present. or future.

most of us,

sama ada sibuk memikirkan tentang masa yang telah lalu.. 

atau terlalu sibuk memikirkan masa hadapan yang belum menentu


tentang saat ini?

berlalu 

terus bertindak melulu

masa depan bagaimana yang kamu mahu?

walaupun ada mimpi besar

kalau tiada perancangan yang benar-benar benar..

mana mungkin masa depan mu bersinar

bertindaklah dengan takhtit yang unggul

moga hari esok bersinar!


output talk dr. Latif..
motivasi untuk doktor-doktor
orang ekonomi pun boleh!

tercabar ni tercabar.
3rd degree in meds blh?


Tuesday, February 5

2

hidup dengan medical student.

_______________________________

makan-makan

minum-minum tersedak

uhuk-uhuk

eh. sakitnye. air termasuk dalam trakea

_______________________________

selesai solat

melunjur

datang adik medic tahun 4

pegang kaki

hey.. buat apa?

tak de kak. kite blaja. kite bolek cek nadi kat kaki.

meh saya cek kaki akak jap.

kite blh cek nadi kat beberapa bahagian.

pergelangan tangan, tengkik, bawah lutut, dan kaki.

ooooo

_________________________________


Alhamdulillah. Allah bukakan peluang ilmu.

ilmu perubatan pulak.

Alhamdulillah. maka nikmat tuhanmu yang manakah lagi yang kau mahu dustakan?





Monday, February 4

1

tiba-tiba,
rasa nak update. santai-santai

di sudut yang tak terlalu luas seperti di FB
yang aku tak akan tahu siapa yang membacanya
dan tak mahu tahu pun siapa yang akan membacanya

nota harian
dalam meniti
hari-hari menempuh kehidupan

sebagai pengajaran
agar tak diulangi lagi di masa hadapan

3 misi bumi mesir
mencabar menguji disiplin pembahgian masa
melatkkan awlawiyat dalam menyempurnakan kesemuanya
dalam waktu yaang muhaddad

ya

alwaaajibat aksaru minal awqaat

tik tok tik tok

lagi-lagi di musim sejuk begini
siangnya pendek
subuh seawal jam 5.20 
dan maghrib jam 5.20 juga lebih kurang

___________________________________________


ketika awal sampai
setiap sudut bumi mesir ditadabbur
setiap ragam manusia jadi perhatian
dicatat dalam buku buat pedoman
hati kerap melafaz syukur

dan hari ini
rasa ini makin kabur

ahh

hati manusia
mudah jemu mudah bosan

kerana itu saidina Ali kata,
hati manusia ini mmg mudah bosan
sekali sekala perlukan tarwih (kerehatan)

aw kama qaal

pembaharuan untuk bangkitkan semangat baru

go Asma'!

explore and go find something new! banyak lagi nak dijelaajah bumi kinanah ini

keep up Asma'! keep on going..

3 misi.. up up we go