Sunday, April 8

:: Daruttauhid ::


Bismillah

Tertarik sangat dengan cadangan untuk membentuk satu kerjasama dalam Pals untuk menggabungkan kepakaran yang ada pada semua ahli alumni smih untuk bekerja bawah satu bumbung...berkongsi kepakaran dan membina kekuatan...

rasanya perkara ini tak mustahil...
ketika di indonesia....ketika melawat daruttauhid.. saya sudah bermimpi untuk membina tempat sebegitu di malaysia.. mungkin ada yang belum tahu ape itu daruttauhi...ia pada asalnya hanyalah sebuah persantren lalu berkembang menjadi sebuah masjid dan bergiat aktif dalam membangun masyarakat setempat..lama kelamaan daripada sebuah tempat pendidikan mereka membuka koperasi kecil di bawah masjid milik mereka..untuk memenuhi keperluan kewangan masjid...alhamdulillah pasarannya mendapat sambutan...apabila berlaku pertambahan org yang datang ke persantern ditambah masyarakat yang sudah mendekati persantren kooperasi tersebut diperbesar menjadi kedai dan revolusi demi revolusi dan kepakaran penuntut persantren dan ahli keluarga yang lain digabungkan akhirnya kini mereka berjaya membentuk satu empayar perniagaan yang besar. kini mereka mampu mempunya stesen radio, stesen tv, majalah, akhbar, pasarraya, hotel, tadika, butik, agensi perlancongan,fesyen designing, syariakt animasi, persantren sehingga mencapai 28 anak syarikat (seperti pada gambar di atas: list anak syarikat dibawah naungan daruttauhid) ....dan satu kelebihan ia terletak di tengah2 kota masyarakat dan berdekatan dengan universiti dan pusat kota bandung... antara perkara yang sangat membanggakan saya kesemua insan yang bekerja di bawa naungan daruttauhid diberi tarbiah dan diterapkan dengan nilai seorang muslim...etika berpakaian dan batas perhubungan yang dijaga membuat siap yang berkunjung ke ssitu berasa segan perperangai "jahiliyyah".. setiap kali waktu solat semua aktiviti di tinggalkan kedai ditutup dan semua berkumpul di masjid. kemudian setiap hari isnin pagi semua pekerja akan dikumpulkan dan diberi pengisian..kemudiam sambung bekerja.. oleh kerana mereka mempunyai syarikat pereka fesyen muslimah..denagn kemampuan itu semua pekerja perempuannya memakai uniform muslimah yang sangat membahagiakan hati dan mata yang memandang...owh saya cukup terpesona. ( ganbar di bawah adalah stesen radio mereka)


pada khamis malam jumaat akan diadakan ceramah dan qiam terbuka di masjid daruttauhid..bayangkan org yang datang ke situ bermaca2 rupa..yang perempuan ada yang tidak berudung dan berpakaian tidak menyenagkan duduk dalam majlis untuk mendengar pengisian dari pada peneraju daruttauhid sendiri...selesai pengisian diteruskan dengan muhasabah dan doa dan kebanyakkan yang hadir menitiskan air mata...penyampaian yang cukup megkagumkan diselang seli dengan gelak tawa kemudian di sulam dengan tangis keinsafan... masyaallah..................
bayangkan la sekiranya usaha pals tadi berjaya di adakan di malaysia alangkah bahgianya
dan indahnya... bangganya kita sebagai org islam andainya kekuatan kita dipadu dan menjadi sebuah empayar perniagaan ditambah keistimewaan sebagai empayar perniagaan muslim yang membangunkan pelbagai kepakaran.dan juga membangun kekuatan muslim..kita buktikan org islam mmg boleh.. tak perlu bina dari sifar sbb SMIH adalah tapak asas permulaannya..
ini cabaran buat kita semua......... (gambar: antara laman yang menari di daruttauhid)

No comments: