Thursday, April 19

:: Q I Y A M A T ::



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Apabila berlaku hari kiamat itu, [2] Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. [3] Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat). [4] (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan. [5] Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, [6] Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran, [7] Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); [8] Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? [9] Dan puak pihak kiri; alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?[10] Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); [11] Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), [12] (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. [13] (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; [14] Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
[56:1-14]


saat Allah memuntahkan lahar dari gunung merapi di jogja...sungai menjadi kering..padang yang hijau hangus kehitaman dan berbagai kemusnahan berlaku dalam sekelip mata..(gambar di atas) ini baru sedikit berbanding dengan apa yang telah dijanjikan tentang hari qiyamat.
dimana kita pada waktu itu dan golongan manakah yang akan kita ditempatkan..semuanya bergantung pada usaha dan amalan kita sekarang...

3 comments:

Anonymous said...

for english translation...

1. When the Event (i.e. the Day of Resurrection) befalls.

2. And there can be no denying of its befalling.

3. It will bring low (some); (and others) it will exalt;

4. When the earth will be shaken with a terrible shake.

5. And the mountains will be powdered to dust.

6. So that they will become floating dust particles.

7. And you (all) will be in three kinds (i.e. separate groups).

8. So those on the Right Hand (i.e. those who will be given their Records in their right hands), Who will be those on the Right Hand? (As a respect for them, because they will enter Paradise).

9. And those on the Left Hand (i.e. those who will be given their Record in their left hands), Who will be those on the Left Hand? (As a disgrace for them, because they will enter Hell).

10. And those foremost [(in Islamic Faith of Monotheism and in performing righteous deeds) in the life of this world on the very first call for to embrace Islam,] will be foremost (in Paradise).

11. These will be those nearest to Allah.

12. In the Gardens of delight (Paradise).

13. A multitude of those (foremost) will be from the first generations (who embraced Islam).

14. And a few of those (foremost) will be from the later time (generations).

~amatullah~ said...

dan kita adlah generasi akhir zaman..adakah kita termasuk dlm golongan yang sedikit itu?

Unknown said...

InsyaAllah, kita banyak buat dosa, kena sentiasa bertaubat..
dan (juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui (Ali Imran: 135)

And those who, when they have committed Fahishah (illegal sexual intercourse etc.) or wronged themselves with evil, remember Allah and ask forgiveness for their sins; - and none can forgive sins but Allah - And do not persist in what (wrong) they have done, while they know.